Friday 5 April 2013

SEMUA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR KE

MESYUARAT AGUNG PIBG
SK HOLY TRINITY, TAWAU SESI 2013 - 2015
6 APRIL 2013
8.00 PAGI
DEWAN MINI SK HOLY TRINITY



DISEMPURNAKAN OLEH:

EN. LEONILO MIRASOL
GURU BESAR
SK HOLY TRINITY.





Sunday 28 October 2012

Program Membaca 1 Malaysia / Festival Apresiasi 2012



Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.

Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Festival Apreasiasi 2012 daerah Tawau bermula pada 19 - 24 October 2012 sementara itu Majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012 peringkat daerah Tawau adalah pada 24.10.2012 bertempat di Dewan SMK PASIR PUTIH, yang akan disempurnakan oleh Ybhg. Puan Hajah Maimunah binti Haji Suhaibul, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Aktiviti membaca buku  selama 33 minit dan 32 saat akan dijalankan pada 10.00 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh daerah Tawau.

Monday 11 June 2012

Latihan Sukan Bermula!

Latihan sukan sekolah terdiri daripada 4 pasukan yang akan berentap,  sudahpun bermula pada hari ini, bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 9.50 pagi dan akan diadakan setiap hari persekolahan sehinggalah menjelangnya hari sukan sekolah, yang akan diadakan pada 21/06/2012 di Kompleks Sukan Tawau. Semua murid kelihatan begitu bersemangat sekali untuk mengambil acara masing - masing yang akan dipertandingkan antaranya, Lompat jauh, Lompat tinggi, Lontar peluru, 1 x 100m,2 x 100m, 4x100m, larian berpagar, dsb. nya. Bagi murid yang tidak mengambil bahagian pula, masing - masing mahu mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad kaki. Suasana sekitar sekolah telahpun bergema dengan sorakan gembira dari setiap pasukan iaitu Hang Tuah (Rumah Merah), Hang Jebat (Rumah Biru), Mat Saleh (Rumah Kuning), dan juga Mat Kilau (Rumah Hijau). Siapakah yang akan menjadi juara? Sama - sama kita nantikan..

Sunday 10 June 2012

Selamat Kembali ke sekolah!

Selamat kembali bersekolah semua warga SK Holy Trinity, setelah sekian lama bercuti!! Diharap semuanya lebih lagi bersemangat, segar dan bersiap sedialah untuk latihan sukan peringkat sekolah yang akan bermula esok, 12/06/2012! Cheers!

Monday 23 April 2012

PERJUMPAAN KETUA - KETUA PANITIA

Makluman kepada semua ketua panitia, satu perjumpaan bersama Guru Besar akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 24/04/2012
Tempat : Bilik GB
Masa : 12.10 pm

Kehadiran adalah wajib. Sekian dan terima kasih.

Friday 30 March 2012

Pengumuman!

Selamat datang ke laman blog SK Holy Trinity, Tawau. Blog ini kini telah mula beroperasi seperti biasa.